|
Nasr Agroprocessing Sdn Bhd adalah merupakan pembekal produk pemprosesan "confectionary and beverage" berasaskan HALIA. Didaftarkan pada 29 Disember 2003 dan diusahakan oleh En. Masror Hj Dolah selaku Pengarah Eksekutif syarikat. Kilang Nasr Agroprocessing Sdn Bhd telah beroperasi semenjak Januari 2004 lagi dan bersedia membuat kerja-kerja membekal, membuat, mengedar dan menjual mengikut permintaan dan keadaan semasa. Disebut
di dalam al-Quran, Surat al-Insan, ayat 17: Halwa Halia (Caramelised Ginger)
Secara kesimpulannya, kami mampu memenuhi permintaan pelanggan mengikut prosedur yang telah dipersetujui. Berdasarkan pengalaman selama beberapa tahun di dalam bidang ini, kini Nasr Agroprocessing Sdn Bhd yakin akan kemampuan sendiri untuk melaksanakan segala urusan yang diamanahkan oleh pihak berkaitan terutamanya pelanggan tetap kami. Kami yakin, dengan adanya sokongan dari pihak SIRIM dan tenaga pakar dari bahagian Teknologi Makanan (Food Technology), UiTM serta kemudahan tempat yang diberikan oleh pihak stesen MARDI di Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah, kami akan dapat menawarkan lagi produk-produk berasaskan HALIA pada masa terdekat ini. Sila tekan butang di atas untuk maklumat lanjut. |
|||